
PETALING JAYA: Seorang lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, membuat pengumuman menyokong Anwar bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela dan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.
“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Pengumuman Azizi menyusuli tindakan sama diambil Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, juga daripada Bersatu.
Azizi bagaimanapun menegaskan kekal setia kepada parti.
“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Bersatu, tetapi demi memastikan Parlimen saya Gua Musang seiring dengan…