
KUALA LUMPUR: Shahidan Kassim (PN-Arau) membuat usul khas berkait sokongan beberapa Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional kepada pentadbiran Anwar Ibrahim.
Menerusi usul itu, beliau memohon Dewan Rakyat membincangkan peruntukan bagi Ahli Parlimen digunakan untuk menarik wakil rakyat pembangkang menyokong kerajaan.
“Ada dikatakan mereka ini juga dapat imbuhan berbentuk tunai daripada seseorang, di samping mereka dapat peruntukan ada juga imbuhan lain. Jadi saya minta perkara ini dibincang,” katanya di Dewan Rakyat.
“Kalau hal ini berterusan kurang manis berhubung dengan akta lompat parti. Nampaknya ia lebih menjurus kepada benda-benda yang tidak elok.”
Shahidan turut menggesa Speaker Johari Abdul membolehkan perbincangan itu sama ada di sidang sedia ada atau di kamar khas.
“Kita minta supaya Ahli Parlimen berhenti kat…