
PETALING JAYA: Bukan semua bantahan NGO ditolak dalam merangka Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL2040), yang menggariskan pembangunan bandaraya itu bagi 20 tahun mendatang, kata pembantu perdana menteri.
Azman Abidin yang menguruskan hal berkaitan PSKL2040, berkata semua proses bantahan dan pendengaran dilakukan dua kali, sebelum dan selepas kerajaan perpaduan berkuasa.
“Kali pertama sebelum kerajaan perpaduan (berkuasa), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) laksanakan (proses pendengaran dan bantahan) sewaktu kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Sepatutnya telah digazetkan 2022 lalu, namun perubahan kerajaan, DBKL tak dapat laksanakan kerana perlu kelulusan menteri jaga Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi FMT.
Azman berkata, selepas kerajaan perpaduan mentadbir negara, proses pendengaran didengar semula kerana ada NGO, termasuk…