
KUALA LUMPUR: Hubungan diplomatik Malaysia dan China yang akan memasuki usia jubli emas tahun depan, diterjemahkan lagi dengan pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia oleh kerajaan China bermula bulan depan.
Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia China, Abdul Majid Ahmad Khan berkata Malaysia satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara, selain lima negara Eropah terpilih untuk inisiatif tersebut dan ia membuktikan keakraban dua negara.
“Cadangan China memberi pengecualian visa tersebut, melambangkan persahabatan sangat baik bagi negara (Malaysia) dengan China. Ini merupakan pandangan baik daripada China terhadap Malaysia, dan saya yakin langkah itu akan menguntungkan kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Jumaat lalu, Kementerian Luar China memaklumkan negara itu akan melaksanakan dasar pengecualian visa…