
BUTTERWORTH: Bekas CEO sebuah syarikat teknologi maklumat didenda RM30,000 dan sehari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu berhubung kerja pembekalan peralatan keselamatan pada 2016.
Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Aziedy Abd Talib, 42, selepas menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memperdaya kakitangan Mutiara.Com Sdn Bhd bagi mendorong bayaran RM50,000 dan RM25,000 bagi kerja pembekalan peralatan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pemasangan interkom bagi projek Pangsapuri Seri Bayu, daerah Barat…