
PETALING JAYA: Dua ahli ekonomi melihat ‘kesan buruk mendatang’ susulan rancangan kerajaan melaksanakan akaun ketiga “fleksibel” Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pada April.
Mengambil kira unjuran ahli KWSP berdepan simpanan rendah menjelang persaraan, ahli ekonomi, Liew Chee Yoong berkata kadar simpanan mungkin jatuh sekiranya akaun ketiga diperkenal.
Liew, yang berkhidmat Pusat Pendidikan Pasaran dan UCSI University, berkata “kadar simpanan mungkin menyaksikan penyusutan 2 hingga 5%, jika wang akaun fleksibel dikeluar lalu diguna bagi tujuan tidak produktif oleh pencarum”.
Niaz Asadullah dari Monash University Malaysia, berkata andai fleksibiliti digunapakai berdasarkan caruman sedia ada, bebas daripada caruman baharu, “fleksibiliti berkenaan membawa lebih kesan buruk berbanding kebaikan”.
Bagaimanapun, akaun ketiga tidak menjejaskan simpanan…