
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,398 orang daripada 1,405 keluarga setakat 9 malam tadi, berbanding 2,632 orang daripada 799 keluarga pagi tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah.
Di Pasir Mas, sebanyak 11 PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang yang menempatkan 813 mangsa daripada 264 keluarga, SK Gual Tinggi (898 mangsa daripada 293 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang (634 mangsa daripada 225 keluarga), SMK (Agama) Lati (88 mangsa daripada 23 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (112 mangsa daripada 41 keluarga).
Enam lagi PPS ialah SK Gual Periok yang menempatkan 269 mangsa daripada 79 keluarga, SK Sri…