
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil kekal dengan pendirian tidak hadir mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini, mengulas cabaran Presiden Zahid Hamidi supaya beliau bersemuka bagi menyatakan bantahan mengenai kerjasama dengan DAP.
Isham sebaliknya mencabar Zahid untuk mengadakan debat terbuka mengenai krisis yang dihadapi Umno, serta masa depan parti Melayu itu.

“Memanglah dia nak saya suruh datang mesyuarat sebab nak suruh saya tadah muka dalam itu. Dia dah tahu pendirian saya, saya bukan bodoh nak masuk gelanggang dia,” kata Isham kepada FMT.
“Saya kekal dengan pendirian saya untuk protes (tak hadir) dan selagi dia membuat keputusan untuk pergi pilihan raya dengan DAP saya akan protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang beliau pengerusikan.”
Terdahulu, Zahid mencabar Isham untuk hadir mesyuarat MKT malam ini…