Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 lelaki maut kereta bertembung treler

today7 December 2023

Background


Keadaan Proton Wira selepas bertembung treler di KM20 Lebuhraya Timur Barat petang tadi. (Gambar JBPM Perak)

IPOH: Dua lelaki maut selepas kereta mereka bertembung treler membawa muatan habuk kayu di KM20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata dalam kejadian 5.17 petang tadi, kedua-dua mangsa 30-an itu tersepit dalam kereta Proton Wira dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang ditugaskan ke tempat kejadian mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat (pemotong hidraulik/spreader),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut, manakala pemandu serta kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan pada 7.39 malam tadi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post