Tangkapan ke atas warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Nepal, dan India dibuat di sebuah pasar raya.

PETALING JAYA: Imigresen Johor menahan 114 warga asing dipercayai bekerja tanpa permit sah dalam Ops Belanja dan Ops Selera, di sebuah pasar raya di Tampoi, Johor Bahru.
Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan pada Jumaat lalu kira-kira 11.30 pagi itu, dilakukan hasil risikan selama seminggu, susulan aduan awam diterima memaklumkan kewujudan warga asing di premis berkenaan.
Beliau berkata, operasi itu melibatkan 90 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa negeri serta pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, jabatan itu.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 51 lelaki warga Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India, dengan semua…