Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hubungan Baik-Baik Sahaja, Peminat Jaclyn Victor & Liza Hanim Jangan Bertelagah

today12 December 2023

Background

Penyanyi tersohor, Jaclyn Victor tampil menyeru peminatnya serta peminat Liza Hanim untuk mengawal emosi agar tidak saling berbalah di media sosial.

Ekoran keputusan pentas akhir All Stars Gegar Vaganza yang menobatkan Jaclyn sebagai juara, peminat Liza meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kekalahan pelantun lagu Gelisah Mimpi itu.

Bagi mereka, Liza tidak sepatutnya berada di tangga keempat dan dianggap lebih layak menyandang tempat pertama.

Membidas perkara tersebut, peminat Jaclyn pula lantang bersuara mempertahankan takhta juara milik penyanyi pujaan mereka itu.

Namun begitu, Jaclyn yang enggan mengeruhkan lagi keadaan memberitahu bahawa dia dan Liza bersahabat baik dan mereka menghormati keputusan juri.

“Saya harap peminat bawa bertenang. Bukan saya yang berikan markah. Saya sayangkan Liza dan semua peserta. Tak ada masalah dengan mereka. Tapi, dah ini namanya pertandingan,” ujarnya.

Menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu rezeki buatnya, pelantun lagu Bertamu Di Kalbu itu bagaimanapun tidak menafikan kualiti persembahan Liza yang telah memberikan yang terbaik pada malam tersebut.

“Liza pun dah lakukan yang terbaik pada malam ini. Saya tak tahu apa kriteria pemarkahan daripada pihak juri, tapi, mungkin rezeki saya pada malam ini,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, Jaclyn juga sentiasa mengingatkan dirinya agar reda dengan sebarang keputusan dan meraikan siapa saja yang diumumkan sebagai juara program itu.

“Ketika berdiri di atas pentas itu, saya cakap kepada diri saya sendiri. Apa saja yang berlaku saya berserah saja. Siapa saja yang diumumkan sebagai pemenang, saya akan tumpang gembira untuk mereka.

“Saya harap orang boleh nampak keikhlasan persahabatan kami. Saya hormat dan sayang dia dan kami memang saling menyokong antara satu sama lain,” luahnya.

Sumber : Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

PSM akur keputusan Istaf guna kiraan 15 mata

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akur dengan keputusan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang memutuskan untuk menggunakan sistem kiraan 15 mata serta setiap regu hanya memperoleh satu servis berbanding sekarang tiga kali servis bagi semua kejohanan peringkat domestik dan antarabangsa bermula 1 Februari tahun depan.

today12 December 2023