
KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5% bagi November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9, berbanding 129.0 pada bulan sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan inflasi ini telah didorong kenaikan perlahan restoran dan hotel sebanyak 4.3% (Oktober 2023: 4.6%); makanan dan minuman bukan alkohol, 2.6% (Oktober 2023: 3.6%), dan kesihatan, 2.3% (Oktober 2023: 2.4%).
“Selain itu, beberapa kumpulan utama yang menunjukkan peningkatan adalah perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain, 1.7% (Oktober 2023: 1.6%) serta pengangkutan 0.1% (Oktober 2023: 0.0%),” katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna, Malaysia November 2023.
Beliau berkata, inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan tiada perubahan pada November 2023 berbanding…