Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hujan lebat: N Sembilan dilanda banjir

today24 December 2023

Background


Seramai 856 mangsa bah di Kelantan, manakala di Terengganu 340 mangsa. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjadi negeri terbaru dilanda banjir, manakala keadaan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu terus meningkat pagi ini.

Di Negeri Sembilan, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan, memaklumkan sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng susulan banjir kilat, pada 1.30 pagi tadi.

“Seramai 68 mangsa daripada 16 keluarga dari Kampung Chelogeh, Kampung Batu 18, dan Kampung Sungai Jai ditempatkan di PPS tersebut. Trend air sungai mulai menunjukkan penurunan namun keadaan arus masih deras,” menurut kenyataan itu.

Di Kelantan pula, jumlah mangsa meningkat kepada 856 orang daripada 235 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 778 mangsa daripada 215 keluarga, malam tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kelantan, jajahan Jeli dan Tanah Merah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Tumbukan KO Joshua tumbangkan Wallin

Jeddah: Tumbukan knockout atau 'KO' menyaksikan petinju heavyweight dari Britain, Anthony Joshua muncul pemenang mengatasi lawan dari Sweden, Otto Wallin yang berlangsung di Jeddah, awal pagi tadi.

today24 December 2023