Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Poster palsu minta derma bayar saman, Mastura akan rujuk peguam

today27 December 2023

Background


Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad berdepan saman fitnah berasingan selepas didakwa memfitnah pemimpin DAP pada satu ucapan di Kemaman, Terengganu, pada 4 Nov. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad berkata beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang berhubung penyebaran poster palsu meminta derma untuk membayar kos saman fitnah dikemukakan oleh pemimpin DAP.

Dalam poster tular itu, sayap wanita PAS Pulau Pinang didakwa kononnya meminta derma orang ramai untuk membantu menampung “kos pengurusan untuk pembelaan awal Mastura yang dijangka melebihi RM30,000.”

“Kami akan menyerahkan kepada peguam kami untuk membuat keputusan,” kata Mastura kepada FMT apabila ditanya sama ada beliau dan sayap wanita PAS Pulau Pinang akan membuat laporan polis mengenai poster palsu itu.

Sayap wanita PAS Pulau Pinang juga mengeluarkan kenyataan pada Ahad menafikan ia mengeluarkan poster itu. Mastura ialah timbalan ketua sayap.

Pada 29 Nov,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post