Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerani lesap RM240,000 akibat pelaburan dalam talian

today30 December 2023

Background


Polis berkata mangsa awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham melalui sebuah aplikasi akhir bulan lalu.

SIBU: Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata berkata wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi “FTSE VIP” pada akhir bulan lalu.

Menurutnya suspek kemudian memberi penerangan mengenai pelaburan itu yang menawarkan keuntungan 200% hingga 350%.

“Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu melakukan 15 transaksi pemindahan wang dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan dari penghujung November hingga penghujung Disember.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperoleh apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti dijanjikan suspek, sebelum tampil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post