Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kelulusan e-KYC Padu kurang 5 minit, kata Rafizi

today3 January 2024

Background


Rafizi Ramli menafikan dakwaan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bahawa proses e-KYC akan mengambil masa tiga hari. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan dakwaan proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan mengambil masa tiga hari.

Beliau berkata, proses itu hanya memerlukan masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini.

“Piawaian industri e-KYC yang diberikan oleh sistem e-KYC dalam pasaran menyebut tiga hari (seperti juga aplikasi yang ada dalam pasaran), tetapi setakat ini, e-KYC bagi pengguna yang mendaftar (untuk Padu) hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan.

“Setakat 5 petang (semalam), lebih 40,000 e-KYC disahkan dan pendaftaran dalam baris gilir e-KYC (untuk disahkan) ialah 300. Dengan prestasi sedia ada seperti ini, insya Allah e-KYC akan diproses algoritma dalam tempoh kurang lima minit,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post