
PETALING JAYA: Pujian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi terhadap Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook baru-baru ini mungkin dipandang negatif oleh masyarakat Cina, menurut seorang penganalisis.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata masyarakat Cina mungkin akan melihat DAP cuba menyenangkan hati Umno selepas Puad memuji Loke sebagai pemimpin yang realistik, membawa imej sederhana dan sentiasa menghormati kawan mahupun lawan.
Bercakap kepada FMT, beliau merujuk kepada penolakan MCA oleh pengundi Cina dalam pilihan raya lalu kerana persepsi bahawa parti itu ‘bersujud’ kepada Umno, rakan gabungannya dalam Barisan Nasional (BN).
“Ia bukan soal mempunyai pemimpin yang realistik. Anda perlu mentakrifkan ‘realistik’ dari sudut pandangan Umno.
“Apabila Puad membangkitkan idea pemimpin realistik, ia adalah mengenai ketuanan…