Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya maafkan pelaku cetus kebakaran rumah, kata Ngeh

today10 January 2024

Background


Ahli Parlimen Ngeh Koo Ham mengajak pelaku berubah dan menjadi warganegara yang baik.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham memaafkan pelaku di sebalik tercetusnya kebakaran di kediamannya pagi tadi sehingga merosakkan tiga kenderaan.

Ngeh berkata, beliau percaya pelaku terlibat didorong mempercayai perkara tidak benar selain dihasut melakukan perbuatan sedemikian.

“Saya memaafkan mereka yang mahu membakar kereta saya, rumah saya, dan ingin mencederakan keluarga saya.

“Sebagai peguam dan sudah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam, saya tahu terlibat dalam jenayah (pelaku) bukanlah kehidupan membahagiakan.

“Saya menjemput mereka berubah dan menjadi warganegara yang baik. Ahli keluarga anda menyayangi anda, tetapi apabila anda terlibat jenayah, anda mengguris mereka,” katanya pada sidang media.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Lynelle Tham


Previous post

Sukan

Beregu wanita negara tak terdaya sekat Korea

Kuala Lumpur: Pertukaran strategi di dalam permainan dengan harapan mampu mencipta kejutan ke atas lawan tidak kesampaian apabila beregu wanita negara, Anna Ching-Teoh Mei Xing terpaksa akur tewas straight set kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 14-21, 13-21 di Terbuka Malaysia yang berlangsung d Axiata Arena, sebentar tadi.

today10 January 2024