Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kadar pengangguran kembali ke paras prapandemik

today10 January 2024

Background


Bilangan tenaga kerja pada Nov 2023 meningkat 0.2% bulan ke bulan kepada 17 juta orang daripada 16.97 juta orang pada Oktober.

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran pada November 2023 kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3% dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4% pada Oktober, demikian menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah yang ditunjukkan pada November itu mengisyaratkan pertumbuhan ekonomi yang positif, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja dan pengangguran yang menurun.

“Bilangan tenaga kerja pada Nov 2023 meningkat 0.2% bulan ke bulan kepada 17 juta orang daripada 16.97 juta orang pada Oktober,” katanya dalam kenyataan.

Jumlah penduduk yang bekerja pada November meningkat 0.2%, berjumlah 16.43 juta orang berbanding 16.40 juta pata Oktober. Pada masa sama, jumlah individu penganggur menurun 0.3% kepada 569,200.

Daripada bilangan mereka yang bekerja, 75.3% berada dalam kategori pekerja yang menunjukkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post