Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mohon Maaf Jika Kedengaran Kasar, Ini Sebab Hael Husaini Guna Perkataan Celaka Dalam Lagu Diam

today11 January 2024

Background

Penyanyi popular, Hael Husaini tampil menjelaskan maksud sebenar penggunaan perkataan ‘celaka’ yang terdapat dalam lagu baharunya berjudul, Diam.

Katanya ketika ditemui XTRA, sebelum menggunakan perkataan itu, dia telahpun membuat kajian mengenai pemilihan perkataan tersebut.

Malah, dari sudut justifikasi pemilihan perkataan, ‘celaka’ bukanlah menggambarkan perkara yang bersifat tidak baik.

“Kalau nak diikutkan, perkataan celaka disalah gunakan dalam kehidupan seharian kita. Celaka itu membawa maksud malang dan sebab itu dalam berita, kita guna kecelakaan untuk menggambar sesuatu tragedi.

“Saya selalu kaji terlebih dahulu sebelum buat sesuatu terutama untuk menjaga sensitiviti. Saya sudah lama dalam bidang penulisan lagu, jadi saya tahu batas.

“Saya minta maaf kalau perkataan itu kasar. Kalau boleh kita fikir penggunaannya daripada konteks berbeza dan positif. Kita kena ubah mentaliti itu dengan menggunakan konteks yang betul sebab ia bukan perkataan kesat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

 

Ketika ditanya sama ada pemilihan lagu Diam yang tedapat dalam album ANTONIM Part 1 diinspirasikan dari lagu Mahalini berjudul Sial, Hael bagaimanapun menepis dakwaan tersebut.

“Tidak, lagu ini sebenarnya tidak diinspirasikan daripada lagu Sial nyanyian Mahalini.

“Kali ini, saya ikut peredaran zaman dan menggunakan bahasa yang lebih dekat dengan pendengar bagi memudahkan mesej yang hendak disampaikan.

“Lagipun, perkataan celaka ini saya ingin gunakan dalam lagu-lagu saya sebelum ini,” jelasnya.

Hael atau nama penuhnya Hal Husaini Razmi, 36, berkongsi menegnai perkara itu pad amajlis pelancaran album perdananya yang berjudul Antonim Part 1, yang diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.

Sekadar info, album ANTONIM Part 1 ini turut memuatkan sebanyak 6 buah lagu nukilan barisan komposer ternama seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Hanis Rafi dan Hael Husaini sendiri.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Malaysia bukan lagi mangsa mudah

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan negara Daniel Ting beranggapan keputusan seri 2-2 menentang Syria tempoh hari memberi peringatan kepada pasukan lain bahawa Malaysia bukan lagi lawan mudah diperkotak-katikkan.

today11 January 2024