Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siasat serangan bakar rumah Ngeh sebagai cubaan bunuh, gesa Ahli Parlimen

today13 January 2024

Background


Ramkarpal Singh berkata, siasatan juga mesti melihat kemungkinan pelaku didorong atau dihasut untuk melakukan kesalahan itu oleh kenyataan ‘pihak tidak bertanggungjawab’.

PETALING JAYA: Cubaan membakar kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham perlu disiasat sebagai cubaan membunuh memandangkan ia berlaku pada waktu dinihari, kata Ramkarpal Singh.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, niat untuk menyebabkan kematian tidak boleh diketepikan kerana kejadian itu berlaku pada masa penghuni berada di rumah.

Beliau menggesa perkara itu disiasat dari semua sudut kerana masa serangan itu dilakukan menunjukkan kemungkinan besar bahawa ia dimaksudkan untuk menyebabkan lebih banyak bahaya.

“Pelaku memilih untuk melakukan (serangan) ketika mangsa sedang tidur dan tidak berdaya. Justeru, niat untuk menyebabkan kematian tidak boleh diketepikan,” katanya dalam kenyataan.

Ramkarpal juga berkata, siasatan mesti merangkumi sama ada pelaku didorong atau dihasut untuk melakukan perbuatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post