
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menggesa semua pemimpin parti mengutamakan kepentingan negara, susulan wujud dakwaan untuk menjatuhkan kerajaan menerusi “Langkah Dubai”.
Beliau mempersoalkan tindakan pihak terbabit mengganggu kestabilan dan mewujudkan kekeliruan rakyat terutama kerajaan yang dibentuk secara sah.
“Kita jangan utamakan politik dan kepentingan peribadi.
“Kita utamakan kepentingan negara dulu,” kata pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam temubual bersama FMT.
Beliau turut mengulangi sokongannya kepada kerajaan perpaduan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang genap setahun mentadbir Putrajaya pada November lalu kerana ingin melihat kestabilan.
“Saya nampak beliau mempunyai dasar baik untuk masa depan Malaysia, dasar boleh membangunkan negara di masa akan datang,” katanya.
Bulan…