Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Unit amanah dikecuali cukai keuntungan modal, pendapatan sumber asing

today16 January 2024

Background


Pengecualian cukai pendapatan sumber asing bagi unit amanah berkuat kuasa hingga 31 Dis 2026, manakala cukai keuntungan modal pula berkuat kuasa hingga 31 Dis 2028.

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju mengecualikan cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai pendapatan sumber asing (FSI) terhadap unit amanah, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Amir berkata, pengecualian ke atas FSI berkuat kuasa dari 1 Jan hingga 31 Dis 2026 manakala pengecualian ke atas CGT berkuat kuasa 1 Jan hingga 31 Dis 2028.

“Ini bagi memastikan rakyat akan terus mendapat manfaat sepenuhnya daripada keuntungan wang titik peluh mereka dan melabur untuk masa depan mereka,” katanya dalam ucapan pada pelancaran logo baharu Bursa Malaysia.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post