
PERAI: Loji rawatan air kedua Sungai Kerian di Seberang Perai Selatan akan membantu mengatasi isu air yang sekian lama membelenggu daerah itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Chow berkata, sebaik siap dalam tempoh dua tahun akan datang, loji itu mampu merawat 114 juta liter air sehari.
Menurutnya, kerajaan negeri maklum mengenai masalah air dihadapi penduduk Seberang Perai, dan mengumumkan lapan pelan kontingensi termasuk loji rawatan air itu.
“Rata-rata seluruh Seberang Perai Selatan akan mendapat bekalan air mencukupi. Bagaimanapun, projek (kontingensi air) ini memerlukan masa untuk disiapkan.
“Anda akan melihat keadaan lebih baik dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ponggal anjuran Kuil Sri Muniswarar.
Beliau mengulas dakwaan penyelaras protem Forum Seberang Perai, B…