Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat biasa tak patut lebih kaya daripada negara, kata bekas ketua menteri

today20 January 2024

Background


Salleh Said Keruak berkata, amalan pengisytiharan aset yang betul dan percukaian yang adil ialah pendekatan positif yang harus dialu-alukan oleh semua pihak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri berkata, rakyat biasa atau keluarga tidak harus dibenarkan menjadi “lebih kaya” daripada negara, kerana ia boleh menyebabkan mereka mengawal dan mempengaruhi keputusan penting kerajaan dan sistemnya.

Salleh Said Keruak berkata, kerajaan tidak harus membenarkan wujudnya keadaan di mana rakyat biasa atau keluarga mampu “menggugat kepentingan umum negara serta demokrasi”.

Bagaimanapun, Salleh tidak merujuk kepada mana-mana individu mahupun keluarga secara khusus.

“Saya berpendapat, inilah (perkara) yang kerajaan mahu yakinkan rakyat,” kata bekas ketua menteri Sabah itu di Facebook.

“Justeru, kerajaan semasa mungkin menghendaki sesetengah individu atau keluarga yang mempunyai nilai bersih tinggi untuk mengisytiharkan aset bagi menentukan betapa kayanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post