
KUALA LUMPUR: Seramai 108 warga asing termasuk empat wanita ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu serbuan Operasi Khas Op Taring II di Pasar Harian Selayang awal pagi tadi.
Semua mereka yang ditahan pada kira-kira 3 pagi itu terdiri daripada 50 lelaki dan dua wanita Indonesia, 33 lelaki dan dua wanita Myanmar, 12 lelaki warga India, tujuh lelaki Bangladesh serta seorang lelaki, masing-masing warga Nepal dan Pakistan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata operasi itu bertujuan bagi membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di kawasan sekitar Pasar Harian Selayang terutama melibatkan pendatang tanpa izin.
Selain itu, beliau berkata operasi itu turut memfokuskan kepada membanteras sebarang kegiatan tidak sihat di kawasan tersebut.
“Semua warga asing yang ditahan diserahkan ke Jabatan Imigresen…