Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tanah runtuh: 2 mayat terakhir warga Myanmar ditemukan

today27 January 2024

Background


Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli, berkata mayat keempat dan kelima dijumpai berdekatan antara satu sama lain pada jarak 5m. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua mayat terakhir iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands berjaya ditemukan petang tadi.

Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli, berkata kedua-dua mayat dijumpai berdekatan antara satu sama lain pada jarak 5m.

“Mayat keempat ditemukan ketika pencarian dilakukan menggunakan jentera berat berantai pada 6.10 petang, manakala mayat terakhir dijumpai ketika penggalian secara manual pada 6.50 petang,” katanya menurut Bernama pada sidang media di Pusat Kawalan Bomba di lokasi bencana itu.

Beliau berkata, mangsa keempat dikenal pasti sebagai Shing Law Har, 56, dan mangsa kelima yang juga seorang wanita ialah Om Myu, 37, manakala mangsa ketiga yang dijumpai pada tengah hari tadi dikenal pasti sebagai Thang Moung, 25.

Azri berkata, semua mayat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post