Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi konten. Malah, perkara-perkara yang tidak sepatutnya dirakam juga turut dirakam dan dikongsikan kepada umum.
Terbaharu, tular mengenai seorang wanita yang memuat naik video beliau ‘disekolahkan’ oleh bakal mak mertua gara-gara mahu buat konten bersama sehingga membuatkan wanita ini memilih untuk memutuskan hubungan bersama pasangannya.