Polis berkata, suspek lelaki mempunyai 17 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan narkotik, manakala suspek wanita mempunyai dua rekod lampau.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bersama tunangnya kerana dipercayai melanggar seorang anggota polis berpangkat lans koperal hingga parah di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor semalam.
Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan berkata pasangan tempatan berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan kurang 24 jam selepas kejadian dan kereta digunakan mereka turut dirampas.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki yang mempunyai 17 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan narkotik, didapati positif tetrahydrocannabinol (THC).
“Suspek wanita pula mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan…