Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Tunggu sekejap’, pesanan akhir mangsa tragedi kepala air

today8 February 2024

Background


Jenazah Aszura Bani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidor tengah hari tadi.

TAPAH: “Tunggu sekejap”. Itu pesanan terakhir diterima Muhammad Faizal Bani menerusi aplikasi WhatsApp daripada kakaknya, Aszura yang lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, Bidor, semalam.

Faizal berkata sejam sebelum kejadian kira-kira 4.30 petang, dia ada menghantar mesej kepada Aszura,37, namun hanya dijawab ringkas oleh kakaknya itu.

“Sebelum itu saya mesej kakak di WhatsApp, dia balas pun tak banyak jawab salam saya…lepas itu hanya cakap tunggu sekejap, itu sahaja. Sampai tempat kerja baru tahu kejadian itu.

“Kami memang biasa ke sungai itu dan ia tak dalam, biasa budak-budak boleh mandi tapi tak sangka ada kepala air datang,” katanya ditemui selepas pengebumian Aszura di Tanah Perkuburan Bidor tengah hari tadi.

Dalam kejadian , tiga lagi anak Aszura turut meninggal dunia akibat lemas iaitu Hanum Marissa, 2, Hafif Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Yasmin Abdul Latif


Previous post