
KUALA LUMPUR: Imigresen setakat ini tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb, kata Ketua Pengarah Ruslin Jusoh.
Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut tentang kejadian itu sedang dijalankan.
“Imigresen tidak nampak lagi ada penglibatan dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) dan siasatan masih dibuat,” katanya selepas menjadi tetamu jemputan program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV.
Dalam menyiapkan siasatan kejadian itu, imigresen katanya, turut menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan.
Menurut Ruslin, pihaknya menjangkakan kertas siasatan kejadian itu siap akhir bulan ini.
Beliau berkata, selain imigresen, siasatan turut dilaksanakan agensi…