
PETALING JAYA: Empat lelaki ditahan selepas disyaki melakukan pemerasan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen Julau Larry Sng kerana tidak puas hati diberi angpau RM5.
Ketua Polis Julau, Andam Sulin, berkata penahanan ke atas suspek dibuat 6 petang pada 12 Feb, sehari selepas Sng membuat laporan berhubung kejadian.
Katanya, Sng mendakwa semasa beliau melawat kawasan Julau sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 11 Feb, empat suspek itu bercakap dengannya sambil menyatakan tidak berpuas hati dengan jumlah angpau diberikan.
Katanya, Sng kemudian bersetuju menambah jumlah angpau, namun suspek masih membuat provokasi terhadap pekerjanya.
“Hasil siasatan mendapati semua suspek dikatakan tidak berpuas hati disebabkan angpau yang diberikan oleh pengadu berisi RM5 saja.
“Suspek mengisikan angpau dengan duitnya sendiri berjumlah RM10 lalu memulangkannya kepada…