
PETALING JAYA: PAS yakin akan memimpin Selangor pada PRU16 sekali gus menjadikan negeri itu lebih berdaya saing.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad, berkata perkara itu adalah ikrar dinyatakan pihaknya pada permukiman selama tiga hari buat kali pertama bagi pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Ab Halim Tamuri.
“PAS berikrar akan menjadikan Selangor sebagai negeri lebih berdaya saing dalam sektor ekonomi, bersih daripada pemimpin politik yang korup, penggunaan sumber yang berkesan, infrastruktur berkualiti dan tadbir urus cekap untuk semua kaum dan agama selepas PRU16,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, PAS yakin Selangor hanya akan lebih makmur dan mampu menyediakan peluang pekerjaan lebih tinggi apabila negeri itu dibangunkan bersama secara adil oleh tokoh masyarakat kaum Melayu, Cina, India dan…