
PETALING JAYA: Empat koloni pengganas IS di Kerala, India, mungkin mendapat pembiayaan daripada pihak di Malaysia, dakwa laporan sebuah portal berita negara itu.
Menurut The Commune, Biro Risikan India (IB) menyiasat sama ada dana berkenaan dilaburkan dalam kuari dan pembinaan rumput tiruan yang didakwa mempunyai kaitan dengan koloni berkenaan.
Portal berita itu yang memfokuskan isu sosial dan politik di India selatan khususnya Tamil Nadu, tidak menamakan kumpulan terlibat mahupun sumber pembiayaan.
Menurut laporannya, pelbagai institusi di daerah Wayanad kini dalam pemantauan IB, dengan tumpuan khusus diberikan terhadap kaitan yang mungkin wujud antara koloni dan kuari berkenaan.
Menurut The Commune, laporan IB itu yang telah diserahkan kepada jabatan keselamatan dalam negeri India, mendakwa koloni berkenaan diwujudkan…