Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siasatan MH370 dibuka semula jika ada bukti baharu, kata PM

today4 March 2024

Background


Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. (Gambar Reuters)

MELBOURNE: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sedia membuka semula siasatan insiden kehilangan pesawat MH370 hampir sedekad lalu jika ada bukti baharu dan kukuh.

“Mengenai insiden membabitkan (MH)370, kami telah mengambil pendirian bahawa jika ada bukti kukuh yang memerlukan kes itu dibuka semula, kami pasti akan berbuat demikian.

“Saya dengan sukacita bersedia membuka semula kes ini. Ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese di Melbourne sempena lawatan rasmi ke Australia.

Sidang media itu mendahului Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia (ALM) Kedua, yang buat julung kali berlangsung secara bersemuka antara pemimpin dan pegawai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post