Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tak Usah Ribut! Tetap Bercuti Bersama Tunai Permintaan Anak, Bekas Suami Hormat Yasmin Hadi Dah Ada Kekasih

today14 March 2024

Background

Bekas suami selebriti Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali menjelaskan percutian mereka di Bali, Indonesia adalah sekadar memenuhi permintaan anak-anak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sha’arin berkata dia dan Yasmin perlu mengekalkan hubungan baik sebagai keluarga demi kebahagian anak-anak meski sudah berpisah selepas tiga tahun.

Sementara itu, Sha’arin juga menghormati status Yasmin yang sudah berpunya, manakala dirinya lebih memilih untuk menjadi duda.

Yasmin Hani

“Tak usah ribut. Kami tetap kawan untuk kebaikan anak-anak. Tak lebih daripada itu.

“Kami pergi bercuti bersama sebagai satu keluarga kerana itu adalah permintaan anak lelaki kami sejak dulu lagi.

“Kami akan sentiasa menjadi ibu bapa kepada Eisa dan Noah, tak akan berubah.

“Jadi kami berdua perlu mengekalkan hubungan baik ini.

“Saya hormati Hani (panggilan Yasmin) yang sudah berpunya, dan saya tetap akan single,” katanya.

Yasmin Hani

Sekadar info, Sha’arin dan Yasmin mendirikan rumah tangga pada 2011 namun berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, 7.

Artikel Berkaitan: Hadir Sekolah Anak Bersama, Netizen Puji ‘Parenting’ Yasmin Hani & Bekas Suami – “Takde Nak Rebut-Rebut, Sama-Sama Jaga”

Artikel Berkaitan: Yasmin Hani Rapat Dengan Bekas Suami Demi Anak, Pilih Jadi Ibu Bapa Yang Bertamadun Selepas Berpisah

Written by: Aqilah


Previous post