Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat ‘Mat Rempit’ gaduh di Ampang

today17 March 2024

Background


Video kejadian dikatakan berlaku di Bukit Ampang, yang tular sejak 12 Mac, menunjukkan sekumpulan ‘Mat Rempit’ bergaduh, dengan ada yang menyerang dengan topi keledar.

PETALING JAYA: Polis telah membuka siasatan berhubung pergaduhan dalam kalangan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai berlaku di Bukit Ampang, Selangor.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, tiada laporan dibuat berhubung pergaduhan itu, tetapi polis memulakan siasatan selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu yang tular di media sosial.