
KUALA LUMPUR: Walaupun ringgit dijangka oleh pasaran bahawa ia akan mencatatkan paras RM4.5915 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir 2024, namun tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
“Jangkaan pasaran (telah) berubah apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS memberikan isyarat bahawa pengurangan kadar faedah mungkin dilaksanakan pada 2024 berikutan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan, dengan nilai ringgit mencatatkan paras RM4.5915 pada hujung tahun,” katanya dalam Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 yang dikeluarkan hari ini.
Pada 19 Mac 2024, ringgit tutup pada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 yang ditutup pada hari sebelumnya.
Sementara itu, Gabenor Abdul…