Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MPM iktiraf pakar kolej UK setakat 2022, kata senator

today26 March 2024

Background


Presiden MPM Dr Radzi Abu Hassan berkata, majlis itu tidak pernah mengiktiraf pakar bedah kardiotoraks daripada Royal College of Surgeons of Edinburgh. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Rekod Majlis Perubatan Malaysia (MPM) menunjukkan bahawa kelayakan pakar bedah kardiotoraks daripada sebuah kolej di United Kingdom diiktiraf setakat 2022, kata seorang senator dan sebuah badan perubatan berikutan kenyataan majlis sebaliknya semalam.

Mereka berkata, Royal College of Surgeons of Edinburgh, yang termasuk bawah program laluan selari (parallel pathway) Kementerian Kesihatan (KKM), hilang daripada senarai MPM pada tahun itu tanpa sebarang pengumuman.