Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sabah akan pelbagai sumber ekonomi, kata Hajiji

today28 March 2024

Background


Hajiji Noor berkata Sabah perlu memanfaatkan hasil penyelidikan dalam usaha melakukan lonjakan paradigma bagi membangunkan sumber ekonomi baharu. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Hajiji Noor tidak mahu Sabah hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri sebaliknya mempelbagai dan membangunkan sumber ekonomi yang baharu.

Beliau berkata, bagi merealisasi hasrat itu hasil penyelidikan daripada 21 pusat kajian dan penyelidikan di negeri ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya, antaranya menggunakan hasil kajian itu untuk membangunkan industri hiliran di Sabah.

Hajiji turut menyarankan pusat kajian dan penyelidikan di Sabah memainkan peranan membangunkan pengetahuan, menggalakkan inovasi, mengeluarkan produk bernilai tinggi dan punya nilai untuk didagang dan pastinya meningkatkan imbangan dagangan yang lebih menguntungkan bagi negeri ini.

“Sabah perlu memanfaati hasil penyelidikan ini dalam usaha…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post