Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terbuka atau senyap-senyap, polis tak boleh terima duit raya, kata peguam

today30 March 2024

Background


Peguam kanan SN Nair berkata, anggota polis diletakkan dalam kedudukan yang sukar jika mereka ditawarkan duit raya.

PETALING JAYA: Anggota polis tidak boleh menerima duit raya atau angpau, sama ada secara terbuka mahupun senyap-senyap, kata seorang peguam kanan.

SN Nair, yang juga bekas pegawai kanan polis berkata, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh meletakkan anggota polis di Jasin, Melaka, dalam kedudukan yang sukar apabila beliau memberikan duit raya kepada mereka baru-baru ini.

Katanya, anggota polis terbabit tidak mahu menyinggung perasaan Akmal dengan menolak pemberiannya secara terbuka, terutamanya apabila beliau seorang Adun.

“Akmal sebagai wakil rakyat sepatutnya lebih peka apabila berurusan dengan anggota polis. Saya kasihan dengan anggota polis yang bekerja keras namun turut menerima tempias akibat agenda politiknya yang jelas.

“Jika benar beliau berhati mulia seperti didakwanya, beliau haruslah memberikan sumbangan yang besar kepada dana kebajikan polis,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: K. Parkaran


Previous post