
KOTA KINABALU: Kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk melibatkan harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata kerajaan sedang menilai mekanisme antaranya melibatkan cadangan simpanan stok gula, pemberian subsidi atau menaikkan harga kawalan daripada RM2.85 sekilogram pada masa ini.
Bagaimanapun, katanya sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengambil kira kepentingan rakyat.
“Bukan mudah buat keputusan ini seperti jika mahu naikkan harga kawalan, akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat. Buat stok simpanan bagus kerana jika bekalan gula sampai lambat, kita masih ada stok tetapi ini melibatkan peruntukan yang tinggi.
“Manakala dua pengilang yang keluarkan…