
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan yang dimiliki kerajaan Sarawak dijangka akan mula beroperasi seawal 2025, kata Premier Abang Johari Abang Openg.
Katanya, proses mengambil alih syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) sedang berlangsung, selepas persetujuan secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan, dan Malaysia Aviation Group.
“Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut.
“Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025,” katanya, kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di Kuching.
Abang Johari juga mengesahkan sudah mempunyai nama untuk syarikat tersebut namun belum…