Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemuda Umno akan lapor polis kenyataan ‘amat keterlaluan’ di media sosial

today13 April 2024

Background


Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, mahu laporan polis dibuat berkenaan ‘tuduhan melampau’ seorang individu di media sosial. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno akan buat laporan polis malam ini berkenaan suatu catatan di media sosial yang dianggap sebagai penghinaan pada institusi raja.

Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh berkata kenyataan pengguna terbabit amat keterlaluan “apabila cuba memfitnah seolah-olah Agong tidak meletakkan agama di tempat pertama”.

“Ini adalah satu penghinaan pada institusi raja selaku ketua umat Islam,” katanya di Facebook.

Akmal turut memuatnaik gambar catatan yang diperkatakan itu.

“Saya telah minta kepimpinan Pemuda Umno Johor untuk membuat laporan polis atas tuduhan melampau yang telah dilemparkan oleh individu ini,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Newcastle malukan Spurs

Newcastle: Newcastle melonjak ke kelompok enam teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Alexander Isak menjaringkan dua gol ketika membelasah Tottenham 4-0 untuk menghidupkan semula harapan mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

today13 April 2024