Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan perpaduan bincang peruntukan pembangkang

today17 April 2024

Background


Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana bagi membincangkan agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof itu bermula 5.30 petang.

Antara yang hadir adalah presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu serta pimpinan tertinggi parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media hari ini mengesahkan satu mesyuarat akan berlangsung petang ini bagi membincangkan mengenai agihan peruntukan kepada pembangkang.

Pada 13 April lalu Fadillah berkata tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post