
SHAH ALAM: Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak garang seperti dalam pembangkang suatu masa dulu kerana mempunyai “tanggungjawab lebih” yang perlu dipikul ketika ini.
Timbalan presiden PKR berkata, beban itu tidak dipikulnya ketika masih bergelar pembangkang.
“Saya yang garang bila jadi kerajaan pun orang kata tak garang.
“Bukan tak garang pun…sebenarnya ada tanggungjawab lebih, iaitu masa pembangkang dulu tak pikul beban itu,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya seorang ahli mengenai serangan dan hinaan terhadap presiden PKR yang juga Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, Rafizi berkata keberkesanan sesebuah parti bukan diukur dengan “siapa menjerit lebih kuat”.
Katanya, apabila PKR menjadi kerajaan, terdapat pertimbangan lain perlu diambil dalam…