
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu menumpukan usaha meraih sokongan pengundi Kuala Kubu Baharu, tanpa memanjangkan isu keengganan MCA membantu kempen PRK untuk calon kerajaan perpaduan, kata penganalisis.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpandangan pertikaman lidah berterusan antara MCA dan pemimpin PH khususnya DAP, dikhuatiri memberi bola tanggung kepada Perikatan Nasional (PN) merebut kerusi itu melalui calonnya Khairul Azhari Saut pada pilihan raya 11 Mei depan.
“PH terutama DAP tak perlu beri perhatian sangat kepada MCA kerana parti itu sukar memberi impak sama ada di Kuala Kubu Baharu atau peringkat nasional,” katanya kepada FMT menyentuh kekuatan MCA yang mempunyai dua Ahli Parlimen serta tujuh Adun.

“Kalau tidak akan digunakan sebagai bola tanggung kepada PN, tetapi setakat ini sukar dapat…