Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kereta perisai, dron ‘kawal’ sempadan Malaysia-Thailand di Sg Golok

today7 May 2024

Background


Skuadron Perisai 9 PGA, yang digerakkan mengawal sempadan negara sejak Khamis lepas, melakukan rondaan di sepanjang Sungai Golok hari ini. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: Sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok kini ‘dikawal’ kereta berperisai dan dron Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan kawalan berada pada tahap terbaik.

Timbalan Komander Briged Tenggara PGA Hakemal Hawari berkata, kereta perisai Skuadron Perisai 9 itu digerakkan sejak Khamis lepas, susulan insiden letupan bom di Selatan Thailand pada 29 April.

Katanya, usaha berkenaan sekali gus memperkasakan kehadiran kereta perisai Commando V150 PGA di kawasan sempadan negara.

“Kereta perisai telah digerakkan untuk tugas rondaan di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pos Ular hingga Pos Ibrahim Pencen bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan,” katanya.

Selain itu, katanya, Unit Dron Batalion 7 turut digerakkan, dibantu oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara, untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post