
HULU SELANGOR: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menolak dakwaan menteri menggunakan kereta rasmi ketika berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu.
“Mereka tidak salah guna (kereta rasmi). Contohnya, saya hadir program rasmi kerajaan pada awalnya kerana tugasan rasmi. Saya bukannya datang Kuala Kubu Baharu sepanjang hari.
“Tadi, saya ada program rasmi di Kuala Lumpur. Jadi, selepas program rasmi itu sudah tentu kenderaan, pemandu mengikut saya untuk bawa saya ke sini (majlis oleh akademi memandu).
“Jadi, saya rasa ini adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan, bukan menyalahgunakan,” katanya selepas menghadiri majlis.
Katanya, mana-mana pihak yang rasa ia sesuatu yang menyalahi apa-apa peraturan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Loke, yang juga setiausaha agung DAP, berkata kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan,…