
HULU SELANGOR: Pasangan kembar Chan Sher Er dan Chan Sher Ni antara pengundi yang turun awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Kuala Kubu Baharu hari ini.
Berusia 25 tahun, pasangan itu tiba sebelum pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming dibuka jam 8 pagi tadi.
Lebih mengujakan mereka apabila dapat bertemu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao yang turut mempunyai pasangan kembar dikenali Pang Sock Ying.
“Saya terkejut kerana salah satu calon bertanding juga kembar macam kami,” kata Sher Ni kepada FMT.
Seramai 39,269 pengundi layak untuk mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu hari ini dengan 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran disediakan.
Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2…